PM selar pembangkang kritik perjanjian ART 2025

LocalPolitics
7 Nov 2025 • 6:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar

PUTRAJAYA -  Perdana Menteri menyelar sikap pembangkang yang lantang mengkritik Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART 2025) dengan Amerika Syarikat tanpa memahami isu kandungan sebenar perjanjian tersebut.

Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, kritikan melulu tanpa asas mencerminkan tahap perbahasan politik negara yang masih rendah dan tidak berasaskan ilmu serta kefahaman mendalam terhadap isu yang dibangkitkan. 

"Kadang-kadang rakan-rakan di Parlimen bila ada perjanjian dengan AS, terus kata kita mengalah, kita dijajah. 

"Sudah baca (perjanjian) ke belum? Faham ke tidak? Ini jadi masalah. Tahap perdebatan itu rendah,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutupan Festival Idea Putrajaya (FOI) di sini pada Jumaat. 

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz. 

AKAN MENYUSUL