‘Sudah-sudahlah suruh turun’ – Anwar bidas desakan letak jawatan

LocalPolitics
5 Nov 2025 • 9:43 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan desakan agar beliau meletakkan jawatan selepas Malaysia menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS) adalah tidak berasas dan perlu dihentikan.

Beliau menolak dakwaan bahawa ART membawa unsur pengkhianatan, penjajahan atau menyerahkan negara kepada AS, sambil menegaskan Malaysia bukan satu-satunya negara terlibat dalam perjanjian perdagangan dengan Washington.

“Negara China, gergasi ekonomi baharu pun masih berunding soal tarif dengan AS… kita tidak terkecuali… ini soal menyerah, soal khianat, soal gadai, soal penjajahan baharu.

“Ini nak turun sekali lagi pula, berapa kali nak suruh turun… sudahlah.”

Baca juga:

Fokus hentikan desakan letak jawatan

Anwar berkata polemik berhubung ART perlu dilihat dalam konteks lebih luas kerana isu perdagangan melibatkan bukan sahaja Malaysia, tetapi juga seluruh ASEAN.

Beliau menegaskan tidak timbul aspek penggadaian kedaulatan seperti digembar-gemburkan, malah hubungan dagang adalah perkara biasa bagi negara yang mahu kekal kompetitif.

Mahathir dakwa ART ancam kedaulatan

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Anwar meletakkan jawatan, mendakwa ART menggugat hak Melayu dan Raja-Raja serta memaksa Malaysia membeli barangan AS bernilai USD150 bilion, termasuk 30 pesawat Boeing dan gas bernilai AS$3 bilion setahun.

Dakwaan tersebut mencetuskan perdebatan, namun kerajaan menegaskan tiada isu pengkhianatan dalam perjanjian berkenaan.

Sumber: Harian Metro