PM seru rakyat semai perpaduan, bersama menuju Malaysia lebih sejahtera

LocalPolitics
20 Oct 2025 • 9:14 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat menggunakan kesempatan sambutan Deepavali hari ini untuk menyemai perpaduan, menyantuni mereka yang memerlukan dan memperteguh semangat kekitaan yang menjadi asas kekuatan negara.

Beliau berkata sebagai sebuah bangsa yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan kepercayaan, semangat saling menghormati dan persefahaman antara satu sama lain perlu sentiasa dipupuk serta diperkukuh.

“Deepavali tiba dengan penuh keceriaan, membawa bersama semangat Pesta Cahaya, lambang kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan menundukkan kejahatan serta kekuatan ilmu mengatasi kejahilan.

“Moga perayaan Deepavali kali ini diraikan dengan jiwa yang penuh kesyukuran dan semangat kebangkitan pemikiran yang segar, agar darjat serta harakat rakyat terus terangkat menuju Malaysia yang lebih harmoni dan sejahtera,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Anwar turut mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved