PM Solat Jumaat Di Masjid Putra Perdana

Politics
17 Feb 2023 • 5:37 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim hadir di Masjid Taman Putra Perdana, di sini, hari ini bagi menunaikan solat Jumaat. - Gambar Bernama

SEPANG - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Taman Putra Perdana di sini.

Anwar bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan bersama lebih 2,000 jemaah usai perdana menteri menjamu selera di Medan Selera Taman Putra Perdana.

Anwar turut mendengar khutbah bertajuk ‘Israk Mikraj: Amanah dan Tanggungjawab Solat’ yang disampaikan Imam masjid Muhammad Syazwan Hilmi.

Selepas menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Muhammad Syazwan, perdana menteri meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra dengan para jemaah. - Bernama