PM Suarakan Kebimbangan Susulan Pertempuran Terbaru Thailand–Kemboja

LocalPolitics
8 Dec 2025 • 2:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PM Suarakan Kebimbangan Susulan Pertempuran Terbaru Thailand–Kemboja

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyuarakan rasa bimbang terhadap pertempuran bersenjata antara pasukan Kemboja dan Thailand di sepanjang sempadan kedua-dua negara.

Menerusi hantaran Anwar Ibrahim di Facebook, beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban atau cedera dalam insiden itu.

Tambah beliau lagi, pertempuran yang tercetus semula itu boleh menjejaskan usaha berterusan yang telah dilakukan bagi menstabilkan hubungan antara jiran berkenaan.

“Thailand dan Kemboja merupakan rakan rapat Malaysia serta anggota utama ASEAN. Kami menggesa kedua-dua pihak supaya menunjukkan tahap bertenang yang maksimum, mengekalkan saluran komunikasi yang terbuka dan memanfaatkan sepenuhnya mekanisme yang sedia ada.

“Malaysia bersedia menyokong sebarang langkah yang dapat membantu memulihkan ketenangan dan mengelakkan insiden lanjut,” ujar Anwar lagi.

Beliau menegaskan bahawa rantau ini tidak mampu membiarkan pertikaian lama bertukar menjadi kitaran konfrontasi.

Keutamaan pada masa ini ialah menghentikan pertempuran, melindungi orang awam dan kembali ke landasan diplomasi berasaskan undang-undang antarabangsa serta semangat kejiranan yang menjadi asas ASEAN.

BACA: 10 Tahun Selepas Gempa, Wanita Bertemu Semula & Kahwin Dengan Penyelamatnya

Sumber: Anwar Ibrahim via Facebook

The post PM Suarakan Kebimbangan Susulan Pertempuran Terbaru Thailand–Kemboja appeared first on Siakap Keli.