
Thailand-Kemboja Kembali Bertempur, Seorang Anggota Tentera Thailand Maut
Seorang anggota tentera Thai dilaporkan terbunuh, manakala beberapa lagi cedera dalam pertempuran baharu yang tercetus di sempadan dengan Kemboja, kata tentera Thailand hari ini.
Menurut AFP, kejadian dilaporkan berlaku apabila tentera Kemboja melepaskan tembakan ke arah pasukan Thailand awal pagi tadi di Wilayah Ubon Ratchathani.
Ia sekali gus meningkatkan semula ketengangan selepas kedua-dua negara saling ‘menuding jari’ tercetusnya pertempuran terbaharu di sepanjang sempadan mereka.
Jurucakap tentera Thailand, Winthai Suvaree berkata pihak tentera menerima laporan bahawa anggota tentera Thailand telah diserang dengan senjata tembakan sokongan mengakibatkan seorang anggota terbunuh dan empat cedera.
“Thailand menggunakan pesawat untuk menyerang sasaran tentera di beberapa kawasan bagi mengekang serangan oleh pasukan Kemboja,” ujarnya lagi.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Maly Socheata pula berkata, pasukan Thailand melancarkan serangan ke atas tentera Kemboja di wilayah sempadan Preah Vihear dan Oddar Meanchey awal pagi terlebih dahulu, sambil menambah bahawa Kemboja tidak membalas serangan berkenaan.
AFP melaporkan beliau turut menegaskan Kemboja tidak membalas serangan terbabit.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Maly Socheata, menuduh Thailand memulakan tembakan yang dilaporkan berlaku di kawasan kuil berusia berabad-abad, Tamone Thom dan Ta Krabeis.
Serangan itu mengakibat sejumlah penduduk yang tinggal berhampiran sempadan terpaksa melarikan diri ke tempat selamat.
Tentera Wilayah Kedua Thailand dalam satu kenyataan berkata kira-kira 35,000 orang di Thailand telah dipindahkan dari kawasan sepanjang sempadan dengan Kemboja sejak pertikaian disambung semula.
Tentera Thailand turut mendakwa pasukan Kemboja menembak roket BM-21 ke arah kawasan awam di wilayah Buri Ram, namun tiada kecederaan dilaporkan.
BACA: Papa Zola Tampil Dengan Filem Solo, Bakal Dieksport Ke 10 Negara
Sumber: France24 via AFP
The post Thailand-Kemboja Kembali Bertempur, Seorang Anggota Tentera Thailand Maut appeared first on Siakap Keli.

