PM tekad selesaikan isu perumahan generasi kedua Felda

LocalPolitics
5 Jul 2026 • 5:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PM tekad selesaikan isu perumahan generasi kedua Felda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berucap pada Program Jelajah Harapan Felda sempena kempen Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16 di Dataran Kompleks Felda Palong Timur 2 pada Ahad. Foto Bernama.

SEGAMAT - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan untuk menyelesaikan isu penyediaan tapak perumahan bagi generasi kedua Felda, yang telah berlarutan sejak sekian lama.

Beliau berkata, pelaksanaannya bagaimanapun memerlukan kerjasama kerajaan negeri, memandangkan urusan tanah serta penyediaan prasarana asas berada di bawah bidang kuasa negeri.

"Keputusan dasar kita adalah untuk cari penyelesaian supaya ada pembelaan, jaminan tapak tanah bagi generasi kedua Felda. Itu dasar.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'

Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu

"Saya telah beritahu saya mahu masalah-masalah yang dibangkitkan berpuluh tahun generasi kedua ini, diselesaikan sementara saya jadi Perdana Menteri dan menteri yang bertanggungjawab dalam soal Felda,” katanya ketika berucap pada program bertemu masyarakat di Dataran Putra Felda Palong Timur di Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, di sini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor yang juga Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta Timbalan Menteri Perpaduan Negara merangkap Ahli Parlimen Segamat R. Yuneswaran.- Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved