'Saya hadir sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan' - Puad Zarkashi

LocalPolitics
5 Jul 2026 • 11:03 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Saya hadir sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan' - Puad Zarkashi
Mohd Puad

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO , Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan kehadiran beliau dalam sebuah program Pakatan Harapan (PH) di Felda Ulu Tebrau, Johor pada malam Sabtu atas kapasiti sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan.

Menurut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu, beliau sejak awal lagi menyokong penubuhan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ya, malam tadi saya naik pentas PH di Felda Ulu Tebrau untuk menyokong calon PH dari PKR Dr Maszlee Malik. YAB Dato Seri Anwar Ibrahim adalah penceramah utama di majlis kempen itu.

"Lagi pun saya sudah keluar daripada UMNO. Hak saya mahu menyokong sesiapa atas dasar peribadi calon itu. Saya bukan macam (Datuk Seri) Hishamuddin Hussien Onn. Masih MP UMNO tetapi sign SD (akuan bersumpah) menyokong (Tan Sri) Muhyiddin jadi Perdana Menteri.

"Dalam kempen itu saya beritahu pengundi saya menyokong inisiatif kerajaan pusat mahu menjadikan JB Shenzen Asia Tenggara. Kalau JS-SEJ berjaya mana mungkin Shenzen Asia Tenggara tidak berjaya. Onn Hafiz sendiri mengaku JS-SEZ adalah penyumbang besar FDI naik," katanya dalam hantaran di media sosial pada Ahad.

Sinar Harian melaporkan, Mohd Puad mencuri perhatian apabila hadir program Dialog Terbuka Belia anjuran PH.

Ketibaan Mohd Puad pada program itu disambut mesra oleh Perdana Menteri yang bersalaman sebelum kedua-duanya berpelukan sebaik Anwar tiba kira-kira jam 9.40 malam.

Sementara itu, Mohd Puad dalam hantaran sama turut mengkritik pihak yang mengecam tindakan beliau memberi sokongan kepada PH.

Pada 25 Jun lalu, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu Bekas mengumumkan tindakan keluar daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta, sekali gus menamatkan keahliannya dalam parti itu yang disertainya sekian lama.

Dalam kenyataan terbuka di laman Facebooknya pada pagi Khamis, beliau menyatakan keputusan tersebut dibuat tanpa sebarang paksaan atau pertimbangan berat, sebaliknya sebagai pendirian peribadi yang telah diputuskan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved