PM teliti saranan G70 mengenai Malaysia Madani

Politics
4 Jul 2023 • 10:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar pada Selasa menerima kunjungan hormat Pertubuhan Profesor G70 di pejabat beliau di Putrajaya. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menerima kunjungan hormat Pertubuhan Profesor G70 yang diketuai Penasihatnya, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar di pejabat beliau di Putrajaya.

Menerusi catatan di Facebook pada Selasa, Perdana Menteri memaklumkan dalam pertemuan itu beliau mendengar dan meneliti saranan G70 bagi membantu serta memberikan naratif yang positif untuk kefahaman dan aplikasi menyeluruh terhadap usaha Malaysia Madani.

"Saya menyambut baik dan meraikan segala bentuk idea dan syor bagi merealisasikan impak dan aplikasi Malaysia Madani kepada rakyat Malaysia, pelbagai peringkat umur dan taraf kehidupan.

"Insya-Allah syor dan saranan daripada G70 akan diperhalusi dan diterjemahkan kepada tindakan bagi manfaat serta kebaikan kepada rakyat dan negara,” katanya.

Beliau turut meminta semua pihak meneruskan usaha berkarya dan berbakti untuk kebaikan bersama. - Bernama