PM terima kunjungan hormat ketua perwakilan diplomatik Malaysia

Politics
20 Feb 2023 • 10:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia yang bakal memulakan tugasan baharu di negara penempatan masing-masing kelak.

Anwar dalam hantaran di laman Facebook, berkata, antara perkara dibincangkan ialah mempergiat usaha menarik pelaburan asing yang berkualiti ke Malaysia.

"Saya turut berkongsikan hala tuju dasar luar Malaysia yang berteraskan konsep Malaysia Madani dalam kita mendepani cabaran semasa dan melangkah jauh lebih maju ke hadapan,” katanya.

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka dan berharap nama Malaysia dapat dibawa ke tahap lebih baik. - Bernama