PM Timor Leste Dipuji ‘Humble’, Gelagat Menyapu Di Jalanan Raih Perhatian

29 Oct 2025 • 4:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
PM Timor Leste sapu sampah

Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão menuai perhatian ramai apabila tampil di tempat awam seperti rakyat biasa.

Menerusi hantaran di TikTok, Xanana Gusmão hanya memakai pakaian serba sederhana sambil menyapu daun kering di jalanan sambil dipantau oleh seorang pengawal peribadi.

PM Timor Leste sapu sampah

@unico.timor

The secret to being a leader is responsibility, work discipline, consistency, setting an example through work, sacrifice and prioritizing the public interest.

♬ instrumental Timor Leste –

image is not available

“Rahsia untuk menjadi seorang pemimpin ialah bertanggungjawab, berdisiplin dalam kerja, konsisten, menunjukkan teladan melalui tindakan, berkorban dan mengutamakan kepentingan awam,” terangnya.

Video berdurasi sembilan saat itu telah meraih lebih 370,000 ribu tontonan dan rata-ratanya kagum melihat sifat ‘humble’ yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri itu.

image is not available

Terdahulu, Xanana Gusmão, berangkat pulang selepas mengadakan lawatan selama lima hari ke Malaysia, di mana negaranya mencapai detik bersejarah apabila diterima sebagai Negara Anggota ke-11 ASEAN.

Beliau berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.30 tengah hari di Kompleks Bunga Raya, yang menyaksikan perbarisan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Difahamkan, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, turut hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada Xanana Gusmão dan delegasinya.

Sumber: TikTok unico.timor