Rakyat bangga dengan PM Anwar, berani tegaskan pendirian isu keamanan depan Trump

LocalPolitics
27 Oct 2025 • 10:11 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggunakan platform forum ASEAN dalam sesi dialog bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dengan membangkitkan beberapa isu termasuk konflik di Gaza, telah menarik perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di laman Threads, seorang pengguna meluahkan rasa kagum terhadap pendekatan Anwar yang bukan sahaja menyambut kehadiran Trump dengan penuh diplomasi, tetapi turut menyelitkan mesej penting berhubung keamanan sejagat.

Dalam masa sama, Anwar mengambil kesempatan untuk menegaskan pendiriannya terhadap isu Gaza ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Damai antara Kemboja dan Thailand.

Rakyat bangga dengan PM Anwar

image is not available

image is not available

“Cerdas PM Anwar, awal-awal Trump sampai dia bagi sambutan hangat, joget manja sikit dengannya.

“Start speech dia sakat Trump pasal konflik Thailand-Kemboja sampai Trump mengaku PMX la yang sebenarnya damaikan konflik mereka.

“Hujung-hujung dia tiawww Trump pasal Gaza. Inilah kelas sebenar! Tak terucap dengan kata-kata betapa bangganya saya mempunyai beliau sebagai Perdana Menteri!” katanya.

Rakyat bangga dengan PM Anwar

image is not available

Rakyat bangga dengan Anwar

Majoriti rakyat turut menzahirkan rasa kagum terhadap kepimpinan Anwar yang bukan sahaja berjaya mengendalikan persidangan tersebut dengan tenang, malah mampu berinteraksi secara matang dan berani dengan Trump dalam menyuarakan pendirian Malaysia terhadap isu-isu global termasuk konflik di Gaza.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Terdahulu, Anwar dan Trump menyaksikan pemeteraian damai antara Kemboja-Thailand seterusnya memastikan konflik pertikaian sempadan antara kedua-dua negara dimuktamadkan.

Sumber: Threads @lastsmilelost7