PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

LocalPolitics
6 Apr 2024 • 4:27 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Semua anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), diingatkan untuk sentiasa bertugas dengan penuh disiplin dan integriti.

Pesanan itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada anggota penguat kuasa berkenaan, ketika membuat lawatan mengejut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), semalam.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, Anwar juga mahu semua anggota berkenaan memastikan tiada lagi kecurangan berlaku, yang seterusnya boleh menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada negara.

Dalam hantaran sama yang turut disertakan dengan video rangkuman tinjauan Perdana Menteri ke LTAPP, Anwar berkata, lawatan terbabit bagi melihat sendiri pengurusan dan fasiliti lapangan terbang serta penugasan anggota khususnya JKDM dan JIM.

Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika mempengerusikan Taklimat Pembangunan Pulau Pinang di Komtar, sempena lawatannya ke negeri itu semalam dilapor berkata, pembesaran LTAPP adalah antara perkara yang disentuh dalam taklimat tersebut. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved