PM Tunai Solat Sunat Aidiladha Bersama Lebih 10,000 Jemaah Di Masjid Putra

27 May 2026 • 12:17 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

PM Tunai Solat Sunat Aidiladha Bersama Lebih 10,000 Jemaah Di Masjid Putra

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, di sini.

Beliau yang tiba bersama dengan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 7.56 pagi, disambut oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee sebelum memasuki dewan utama masjid.

Anwar kemudian bertakbir raya bersama-sama lebih 10,000 jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Dr Muhammad Zakuwa Rodzali.

Beliau turut mendengar khutbah bertajuk "Pengorbanan Menuntut Keikhlasan" yang disampaikan oleh Muhammad Zakuwa.

Selepas selesai solat sunat Aidiladha, beliau turut beramah mesra dengan jemaah. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved