PM ucap Selamat Hari ATM ke-91

LocalPolitics
17 Sep 2024 • 12:23 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merakamkan ucapan Selamat Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-91 kepada seluruh warga ATM. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merakamkan ucapan Selamat Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-91 kepada seluruh warga ATM.

Anwar menerusi hantaran di Facebook turut menzahirkan penghargaan kepada wira negara atas jasa serta pengorbanan mereka melindungi keselamatan dan kedaulatan negara.

"Penghargaan saya kepada seluruh keluarga besar Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Terima kasih atas jasa dan keringat kalian dalam melindungi keselamatan dan kedaulatan negara.

"Teruskan berbakti buat negara tercinta ini. Selamat Hari ATM Ke-91,” katanya. - Bernama