Kemaskini iOS 18, iPadOS 18, macOS 15 Sequoia, watchOS 11, visionOS 2, dan tvOS 18 Kini Boleh Dimuat Turun

TechnologyDigital
17 Sep 2024 • 7:35 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selamat hari kemas kini diucapkan kepada pengguna ekosistem Apple pagi ini. Anda kini boleh mengemaskini peranti ke iOS 18, iPadOS 18, macOS 15 Sequoia, watchOS 11, visionOS 2, dan tvOS 18 yang merupakan versi terkini sistem operasi pada iPhone, iPad, Mac, Apple Watch, Vision Pro dan Apple TV.

image is not available

Menerusi kemas kini ini pengguna akan dapat menikmati ciri seperti memperibadikan antaramuka yang lebih menyeluruh, sokongan paparan iPhone dalam komputer Mac, pilihan ciri lebih menarik dalam Apple TV dan skrin maya lebih besar pada Vision Pro.

image is not available

Satu ciri yang masih belum ditawarkan ialah Apple Intelligence yang merupakan sistem kecerdasan buatan (AI) Apple. Ini hanya akan diberikan pada kemas kini yang seterusnya. Apple Intelligence akan mengaktifkan Siri yang lebih bijak dengan sokongan ChatGPT dan kemampuan untuk membantu pengguna menulis. Sila pergi ke tetapan peranti untuk melakukan kemas kini secara OTA pagi ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved