PM ucap selamat raikan Good Friday dan Easter

LocalPolitics
7 Apr 2023 • 6:31 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada rakyat Malaysia yang meraikannya.

Menerusi catatan di akaun Facebook beliau hari ini, Anwar mengajak semua rakyat untuk meluangkan sedikit masa bagi menyampaikan kata-kata indah kepada mereka yang menyambut perayaan itu.

“Semoga kerukunan ini dapat dipelihara dan kemajmukan dapat diperkukuh sesama warga,“ katanya.

Penganut Kristian menyambut Good Friday hari ini dan Easter pada 9 April ini. -Bernama