PM ucap tahniah Aaron-Wooi Yik juara pertama Malaysia di kejohanan Badminton Dunia

28 Aug 2022 • 9:37 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kerana berjaya melakar sejarah baharu sukan negara selepas menjuarai Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun hari ini.

Ismail Sabri berkata kejayaan itu merupakan hadiah yang cukup bermakna buat negara sempena Hari Kebangsaan 2022, tidak lama lagi.

“Satu lakaran sejarah baharu buat sukan badminton negara.Tahniah Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kerana muncul sebagai pemain badminton negara yang pertama memenangi Kejohanan Badminton Dunia,” kata Perdana Menteri menerusi catatan di laman sosial Facebook rasminya, hari ini.

Pada aksi final berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium itu, pasangan beregu negara menundukkan bekas juara dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan yang diberi julukan “The Daddies”, 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved