PM ucap tahniah kejayaan Pearly Tan-M.Thinaah raih pingat emas ketujuh

9 Aug 2022 • 7:25 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada beregu badminton wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang berjaya merangkul pingat emas pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England, hari ini.

Kejayaan menghadiahkan pingat emas ketujuh buat kontinjen Malaysia pada hari terakhir temasya diraih selepas pasangan itu mengalahkan beregu dari England, Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8 pada aksi final di Pusat Pameran Nasional (NEC).

“Pingat emas ketujuh Malaysia! Sasaran enam pingat emas tercapai!” kata perdana menteri menerusi catatan di Twitter beliau, malam ini.

Ismail Sabri juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengurus pasukan, jurulatih, atlet dan seluruh kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2022 Birmingham.

Malaysia melengkapkan kempen temasya Komanwel Birmingham dengan mengumpul tujuh emas, lapan perak dan lapan gangsa.-Bernama