PM ucap takziah kepada keluarga mendiang Ananda Krishnan

28 Nov 2024 • 7:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 28 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga taikun perniagaan Ananda Krishnan yang meninggal dunia hari ini.

Beliau berkata sumbangan mendiang dalam dunia korporat, filantropi dan kemasyarakatan pasti akan terus diingati.

“Terima perkhabaran pemergian mendiang Ananda Krishnan hari ini. Saya utus takziah buat keluarga mendiang dan semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Berita kematian Ananda, 86, disahkan oleh syarikat pegangan pelaburan yang diterajui mendiang iaitu Usaha Tegas Sdn Bhd menerusi satu kenyataan.

Ananda, atau nama penuhnya Tatparanandam Ananda Krishnan atau T. Ananda Krishnan, adalah antara tokoh perniagaan terkemuka Malaysia dan disenaraikan sebagai seorang daripada individu terkaya di negara ini.

Lulusan Harvard Business School, beliau memulakan Usaha Tegas sebelum mengasaskan Maxis Communications dan MEASAT Broadcast Network Systems.

Kepimpinan beliau telah mendorong Maxis menjadi antara penyedia telekomunikasi terkemuka di Malaysia.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved