'Sumbangan Ananda Krishnan pasti terus diingati' - Anwar

LocalPolitics
28 Nov 2024 • 6:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hantaran Anwar di Facebook pada Khamis.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mendiang Tan Sri Ananda Krishnan Tatparanandam di atas pemergian bilionair itu pada Khamis.

Beliau berkata, sumbangan mendiang dalam dunia korporat, filantropi dan kemasyarakatan akan terus diingati sepanjang zaman.

“Terima perkhabaran pemergian mendiang Ananda Krishnan hari ini.

“Saya utus takziah buat keluarga mendiang dan semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

“Sumbangannya dalam dunia korporat, filantropi dan kemasyarakatan pasti akan terus diingati,“ katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd itu meninggal dunia pada usia 86 tahun dan ia disahkan sendiri oleh syarikat pegangan pelaburan terbabit dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, majalah Forbes menyenaraikan Ananda Krishnan sebagai individu ketiga terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan bersih sebanyak AS$5.1 bilion (RM22.66 bilion).

Mendiang membina empayar yang pelbagai merangkumi telekomunikasi, media dan tenaga melalui syarikatnya, Usaha Tegas.

Tokoh perniagaan yang dilahirkan pada 1938 di Brickfields, Kuala Lumpur itu merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari University of Melbourne dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Harvard Business School.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved