PM ucap takziah kepada Muhyiddin, keluarga

Politics
6 Dec 2022 • 7:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar merakamkan ucapan takziah kepada Muhyiddin Yassin dan keluarga atas pemergian abangnya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yassin (gambar) pagi tadi. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga atas pemergian abang Pengerusi Perikatan Nasional itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yassin, pada 9.50 pagi tadi.

"Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Abdul Aziz, yang dilahirkan di Muar pada 27 Oktober 1932, meninggal dunia pada usia 90 tahun dan jenazah beliau akan dimandi serta disolatkan di Masjid Muadz Ibn Jabbal, Kuala Lumpur sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak petang ini.

Allahyarham pernah menjadi Ahli Parlimen Muar selama sepenggal selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum kesembilan.

Beliau juga pernah menjadi Ketua Bahagian UMNO Muar dari 1993 hingga 1995. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved