PM ucap takziah kepada Wan Azizah

Politics
24 Oct 2022 • 10:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ismail Sabri

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atas pemergian ibunya, Datin Mariah Khamis.

Ucapan itu dizahirkannya menerusi laman Twitter pada pagi Isnin.

"Semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang beriman," tulisnya.

Mariah, 88, menghembuskan nafas terakhir jam 2.45 pagi di Ampang.

Solat jenazah ibu mentua Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dijadualkan pada 11.30 pagi ini di Masjid Al-Mustaqim, Ampang.