PM Umum Imbuhan RM10k Kepada Pemain Dan Jurulatih Sepak Takraw Kebangsaan

23 Jul 2024 • 10:22 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan imbuhan sebanyak RM10,000 kepada setiap pemain dan jurulatih pasukan sepak takraw kebangsaan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, imbuhan itu diberikan susulan kejayaan pasukan sepak takraw kebangsaan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 pada Mei lalu.

PM umum imbuhan RM10k kepada pemain dan jurulatih sepak takraw

image is not available

Anwar mengumumkan perkata itu semasa mengadakan pertemuan dengan pasukan kebangsaan selepas kejayaan mereka memenangi pingat emas dan merangkul gelaran juara berganda dalam kejohanan tersebut.

“Sekalung tahniah dan penghargaan tertinggi buat seluruh anggota pasukan sepak takraw kebangsaan yang telah mengharumkan nama negara serta melonjakkan imej serta standard sukan sepak takraw kebangsaan di persada dunia,” katanya.

image is not available

Anwar berkata beliau turut membincangkan beberapa perkara termasuk keperluan mewujudkan stadium sepak takraw negara, status sepak takraw sebagai sukan bukan teras, peluang melanjutkan pelajaran serta kerjaya dan kebajikan atlet sepak takraw.

Terdahulu, skuad sepak takraw kebangsaan mencipta sejarah selepas menamatkan penguasaan Thailand selepas menewaskan negara itu pada perlawanan akhir regu dan double, masing-masing dengan keputusan 2-0.

image is not available

Bagaimanapun, penantian 33 tahun skuad sepak takraw negara untuk muncul juara acara regu berpasukan pula terus berpanjangan selepas tewas kepada Thailand 1-2 dalam aksi final.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved