PM umum RM100 Juta dana tambahan bantu Gaza

LocalPolitics
25 Aug 2025 • 8:36 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta bagi membantu rakyat Gaza, menjadikan keseluruhan sumbangan Malaysia setakat ini berjumlah RM200 juta.

Beliau berkata, bantuan itu melambangkan komitmen berterusan Kerajaan Madani terhadap perjuangan Palestin, selain menegaskan Malaysia konsisten menyuarakan solidariti serta mendesak tindakan antarabangsa terhadap Israel.

“Ini suara rakyat Malaysia, bukan suara parti atau kaum tertentu. Kita bersatu menolak kezalimanan,” katanya pada Malam Himpunan & Selawat Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka, Ahad.

Anwar turut menggesa syarikat besar dan peniaga berkemampuan menyalurkan sumbangan, sambil mengecam sekatan Israel yang menghalang bantuan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza.

Baca juga:

Beliau juga mengecam Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang disifatkannya tidak waras kerana mempertahankan pembunuhan kanak-kanak Palestin.

“Anak kecil pun dianggap Hamas. Ini penyakit dan kezaliman yang tidak boleh diterima akal,” katanya.

Anwar turut menekankan pentingnya kesatuan rakyat Malaysia untuk menolak perpecahan, membina negara yang makmur dan pada masa sama terus membantu rakyat tertindas di Gaza.

“Semoga semangat perjuangan dan roh jihad terus subur dalam hati rakyat kita dan saudara kita di Gaza. Malaysia tidak akan meninggalkan anda sendirian,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian, Facebook Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved