
MEMBAKUT: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) komited mengangkat seni budaya masyarakat Brunei khususnya melibatkan makanan dan tarian tradisi agar tidak hilang ditelan zaman.
Presiden PMBS yang juga wakil rakyat Membakut, Datuk Dr. Ariffin Arif berkata, beberapa usaha dilaksanakan pihaknya bagi mencapai aspirasi itu antaranya penganjuran pelbagai majlis budaya.
Katanya, antaranya, Pesta Ambuyat, Festival Zapin dan Pesta Beurung-Urung yang diadakan setiap dua tahun sekali bagi memperkenalkan budaya kaum Brunei di mata orang luar.
“Penganjuran acara-acara ini bukan saja untuk mengangkat kebudayaan masyarakat Brunei saja, tetapi paling utama adalah supaya generasi muda kami masih kenal dengan warisan ini.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more “Pada masa sama, PMBS juga mahu menjadi penyumbang kepada tarikan pelancongan Sabah menerusi seni budaya dan makanan tradisi kaum Brunei yang unik ini,” katanya selepas merasmikan Pesta Ambuyat.
Ariffin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, melalui majlis seumpama itu, pihak dapat memberi dorongan kepada usahawan masyarakat Brunei melakukan inovasi dalam masakan kaum itu.
Katanya, antaranya inovasi menu Ambuyat supaya lebih mudah penyediaannya dengan pembungkusan lebih menarik dan memenuhi keperluan masyarakat di zaman tanpa sempadan ini.
“Kita akan mencari jalan melalui Yayasan Dangsanak di bawah PMBS untuk membantu dan membangunkan usahawan-usahawan ini sehingga produk inovasi seperti Ambuyat ‘segera’ dapat direalisasikan.
“Secara tidak langsung, usaha ini dapat membantu memastikan produk makanan tradisi kita mampu bersaing dengan produk-produk makanan baharu yang ada ketika ini,” katanya.
Dalam pada itu, Ariffin memaklumkan PMBS di bawah Biro Wanita PMBS bakal menerbitkan siri kedua Buku Menu Masakan Tradisi Masyarakat Brunei dalam masa terdekat.
Katanya, buku jilid pertama sebelum ini mendapat permintaan menggalakkan dan telah terjual sehingga 500 naskah, sekaligus menunjukkan makanan tradisi Brunei mendapat sambutan masyarakat.
“Ini adalah antara usaha kita untuk bukan saja mengangkat makanan tradisi kita tetapi juga memelihara warisan ini agar terus berkekalan,” katanya.
Terdahulu, sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Benoni, Papar menjuarai pertandingan tarian Zapin sekaligus meraih hadiah utama RM1,500.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
