PMKS Dapat Nafas Baharu, Terima Peruntukan RM5 Bilion

LocalBusiness & Finance
22 Apr 2026 • 10:05 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft pmo

Peruntukan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) baru-baru ini menerima inisiatif tambahan sebanyak RM5 bilion bagi memperluas akses pembiayaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah ini diambil sebagai respons segera terhadap tekanan yang dihadapi perniagaan susulan krisis tenaga global dan konflik Asia Barat.

675725690 1546150433533185 6894314610693775494 n

Penambahan ini hadir selepas pengumuman awal RM5 bilion di bawah skim sama dan meningkatkan jumlah keseluruhan jaminan yang disediakan kerajaan.

Menurut beliau, sokongan ini penting bagi memastikan sektor seperti logistik, pertanian dan pembinaan terus beroperasi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Artikel berkaitan: Tiada Halangan Untuk Potong Gaji Menteri Jika Ekonomi Meruncing – PMX 

Kerajaan turut menambah baik skim tersebut dengan menaikkan kadar jaminan daripada 70% kepada 80%, selain melanjutkan tempoh pembiayaan daripada tujuh kepada 10 tahun.

Anwar menegaskan bantuan ini perlu sampai kepada kumpulan sasaran termasuk pekebun kecil, nelayan, penjaja dan pengusaha kecil.

“Kepantasan dalam situasi ini amat mustahak dan saya akan pastikan tiada kerenah birokrasi yang melambatkan proses,” katanya.

Beliau turut memaklumkan beberapa perkara berkaitan SJPP akan dibawa ke mesyuarat jemaah menteri untuk tindakan lanjut.

Sumber: Astro Awani

Sumber: Anwar IbrahimSumber: Anwar Ibrahim

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.