PMX AI Kini Boleh Diakses Melalui WhatsApp – Berinteraksi Terus Dengan Kembar Digital PM Anwar Ibrahim

LocalTechnology
18 Jul 2026 • 9:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

PMX AI Kini Boleh Diakses Melalui WhatsApp – Berinteraksi Terus Dengan Kembar Digital PM Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini secara rasminya memperkenalkan avatar atau kembar digital beliau tersendiri, dinamakan PMX AI melalui WhatsApp. Menggunakannya, pengguna boleh bertanyakan pelbagai persoalan, disamping berkongsi pandangan, kebimbangan dan juga aspirasi secara terus kepada PMX AI.

PMX AI dibangunkan oleh Zetrix AI, dan merupakan salah satu inisiatif Parti Keadilan Rakyat. Ia dikuasakan melalui platform Avatar.inc yang dibangunkan oleh Zetrix AI.

Image from: PMX AI Kini Boleh Diakses Melalui WhatsApp – Berinteraksi Terus Dengan Kembar Digital PM Anwar Ibrahim
Image from: PMX AI Kini Boleh Diakses Melalui WhatsApp – Berinteraksi Terus Dengan Kembar Digital PM Anwar Ibrahim

PMX AI ini dilatih menggunakan pelbagai tulisan, ucapan, dan rekod dasar kerajaan sepanjang pemerintahan PM Anwar Ibrahim. PMX AI juga akan terus dilatih dengan pelbagai kemaskini data dan kenyataan yang terkini. Langkah pengenalan PMX AI ini dikatakan merupakan usaha dalam memodenkan tadbir urus, selain memastikan kerajaan lebih mudah diakses.

Bagi anda yang berminat, boleh mengakses PMX AI melalui WhatsApp, dan bertanyakan terus berkenaan pelbagai perkara kepada kembar digital PM Anwar Ibrahim ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved