Felda mesti terus diperkukuh untuk angkat martabat peneroka - PM

LocalPolitics
18 Jul 2026 • 11:29 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Felda mesti terus diperkukuh untuk angkat martabat peneroka - PM
Anwar semasa menerima kunjungan hormat Ahmad Badri di Putrajaya pada Jumaat. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Felda perlu terus diperkukuh sebagai institusi yang berperanan mengangkat martabat warga peneroka dan keluarga mereka, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara itu ditegaskan beliau semasa menerima kunjungan hormat Pengerusi Felda yang baharu, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir di Putrajaya pada Jumaat.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, kebajikan setiap generasi peneroka perlu berjalan seiring dengan usaha memperkukuh daya saing ekonomi dan kelestarian Felda termasuk memberi perhatian khusus terhadap isu yang dihadapi generasi baharu.

"Saya yakin dengan amanah yang dipikul, saudara Ahmad Badri mampu meneruskan agenda pemulihan dan pengukuhan Felda.

"Bahkan Kerajaan Madani akan terus memberikan sokongan penuh demi memastikan institusi rakyat ini terus maju dan kekal relevan untuk generasi akan datang,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Ahmad Badri dilantik sebagai Pengerusi Felda berkuat kuasa 15 Julai bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang tamat tempoh perkhidmatan pada 30 Jun lepas. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved