“PMX! Aku Doakan Allah Laknat Orang Melayu Yang Senyap Tentang Kampung Sg. Baru” – Rafidah Mengamuk Dihalau & Diugut Bakar Rumah

LocalPolitics
17 Jul 2025 • 10:35 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, kecoh apabila penyanyi dan pelakon, Rafidah Ibrahim lantang bersuara dengan menyeru penduduk Kampung Sungai Baru untuk tidak berpindah biarpun diberi pampasan bagi pewartaan pengambilan tanah kampung terbabit pada tahun lalu.

Rafidah mengamuk dihalau, diugut bakar rumah

Terbaru, melalui platform TikTok, kelihatan Rafidah bersama penduduk kampung berkenaan mengamuk susulan didakwa dihalau, malah turut diugut untuk bakar rumah jika penduduk tidak mahu berpindah.

Dapat dilihat dalam video berkenaan, pelakon itu menyeru Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) untuk selesaikan dahulu kes mereka di mahkamah sebelum memaksa untuk berpindah tanpa kerelaan hati.

Kami tak akan berganjak keluar! Kalau dikatakan PMX akan datang untuk majlis pecah tanha, PMX! Selesai dulu kes kami, kami punya isu di mahkamah tak selesai lagi.

@gengmuo Penduduk dihalau dan ada provokasi dengan bakar rumah…Pemaju & kerajaan barua #kerajaangagal #kgsgbaru #pengkianat #madani #kampungbaru @Aswad @zufardanial_ ♬ original sound – Abe Wey

“Aku doakan Allah laknat orang Melayu yang senyap!”

Dalam pada masa yang sama, Rafidah turut meluahkan rasa kesal kerana ramai pemimpin-pemimpin Melayu yang tidak membantu, malah hanya mendiamkan diri tentang hal ini.

Apa jadi dekat Kampung Sungai Baru semua senyap. Aku doakan Allah laknat orang Melayu yang senyap tentang penduduk Kampung Sungai Baru ni!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menyokong tindakan Rafidah mempertahankan hak dirinya sebagai penduduk di sana dan mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.

image is not available

image is not available 2024-07-24 14:16:34

"Mak Bapa Kamu Yang Setuju" - Pelakon Rafidah Ibrahim Lantang Bersuara, Pemilik Rumah Kampung Sungai Baru Tampil Beri Penjelasan