“Semua Yang Berkahwin Mesti Ada Curang.. Setakat Ada Skandal, Gangguan Geli-Geli Tu Normal” – Aliff Syukri

LocalFamily & Parenting
9 Jul 2025 • 4:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, usahawan sensasi, Datuk Seri Alif Syukri berpendapat bahawa lelaki yang mendirikan rumah tangga pasti akan berlaku curang dalam senyap.

Normal kalau lelaki berkahwin berlaku curang?

Dapat dilihat dalam klip video pendek di platform TikTok, usahawan terbabit berkata dia enggan menjadi lelaki atau suami yang bersikap hipokrit.

Katanya lagi, lelaki yang melayani gangguan orang ketiga ketika berumah tangga merupakan perkara normal.

Semua yang berkahwin mesti ada curang. Kalau setakat ada skandal, gangguan geli-geli, itu perkara biasa.

Shahida bidas kenyataan Aliff Syukri

Turut berada disisi, isteri Aliff iaitu Datin Seri Shahida membidas kenyataan suaminya dengan menyatakan sebuah perkahwinan adalah untuk saling lengkap-melengkapi antara suami dan isteri daripada setiap sudut.

Kalau kita cari yang sempurna, tidak akan jumpa. Kenapa wanita boleh terima kekurangan lelaki, tapi lelaki tak boleh?

Dalam pada masa yang sama, Shahida berkata tiada manusia yang sempurna tetapi perlulah menerima kekurangan pasangan demi kebahagiaan ‘masjid’ yang sudah dibina.

image is not available 1 week ago

"Terima Kasih Cik B, Bakal Menantu Papa" - 'Berkenan' Dengan Anak Dato Vida, Ramai Terhibur Aliff Syukri Sakat Ammar Ahyan