
Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berkongsi menyatakan harus ada suatu peraturan yang ketat dalam mengekang atau menyekat kemasukkan produk asing tanpa terkawal ke pasaran Malaysia. Perdana Menteri menyatakan perkara ini di TikTok Shop Summit Malaysia 2026, menjawab persoalan berkenaan kemasukkan produk murah dari Temu dan Pinduoduo, serta beberapa platform lain.
Kemasukkan produk murah ini tanpa terkawal turut memberikan kesan negatif kepada pelbagai usahawan muda tempatan. Malah, pengguna juga turut terkesan, kerana kebanyakkan produk yang dijual murah turut tidak mempunyai jaminan dari segi mutu, kesihatan, halal, dan lain-lain.
Pada acara sama, ia turut dikongsikan yang mana rang undang-undang baharu melibatkan edagang turut sedang dirangka atau dikemaskini.

