PMX Bekukan Cuti Menteri Kabinet Berikutan Banjir Yang Melanda Negara

LocalPolitics
30 Nov 2024 • 1:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan pembekuan cuti untuk semua ahli kabinet menteri berikutan banjir yang melanda negara.

Anwar berkata demikian selepas menghadiri solat jumaat di Surau Pudina Presnit 17, Putrajaya semalam.

image is not available

Memetik laporan Astro Awani, Anwar telah mengarahkan semua menteri dan timbalan menteri untuk turun ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan bencana banjir bagi memberikan bantuan sewajarnya.

Untuk rekod, situasi banjir seluruh negara semakin teruk selepas sembilan negeri dilanda banjir. Kelantan menjadi negeri yang paling teruk terjejas, diikuti Terengganu dan Kedah.

image is not available

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan lebat tahap bahaya di negeri-negeri pantai timur dan amaran tahap waspada di negeri utara semenanjung.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved