PMX Bentang Cadangan Had Dua Penggal Penuh Bagi Jawatan Perdana Menteri

LocalPolitics
5 Jan 2026 • 12:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kerajaan dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak lebih 10 tahun atau dua penggal penuh dalam sidang Parlimen yang akan berlangsung pada bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada reformasi institusi yang sedang dilaksanakan Kerajaan MADANI dan menjadi antara hala tuju utama pentadbiran bagi tahun 2026.

“Semua orang ada had tempohnya, KSN (Ketua Setiausaha Negara) tak boleh sampai 10 tahun, juga terpakai untuk semua kerana kalau diberikan tempoh dan dalam tempoh itu mampu melaksanakan, selepas itu elok kita serahkan kepada generasi berikutnya.

Ini juga terpakai kepada Jabatan Perdana Menteri, maka kita akan membentangkan RUU mengehadkan tempoh bagi jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat Tahun 2026 pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Sumber: Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.