PMX dipantau dua hari

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 9:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PMX dipantau dua hari
Anwar dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani pemeriksaan kesihatan dan prosedur yang ditetapkan pasukan pakar perubatan.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

Sehubungan itu, beliau turut memohon supaya orang ramai mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

“Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan dan prosedur Perdana Menteri dipermudahkan serta dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat.

"Insya-ALLAH,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved