PMX Jamin Siasatan Serangan Terhadap Anak Rafizi Dilaksanakan Secara Segera & Telus

LocalPolitics
14 Aug 2025 • 1:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan kebimbangan terhadap budaya melampau yang semakin menular di negara ini, susulan kes serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, serta insiden buli sehingga mengakibatkan kematian.

Beliau menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil oleh pihak berkuasa bagi menghentikan budaya berbahaya tersebut. Katanya di Dewan Rakyat ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri,

Budaya ini sangat membimbangkan, saya beri jaminan pihak polis akan bertindak segera, pantas dan telus untuk mengekang budaya jahat ini.

Sebelum itu, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) mengecam serangan ke atas anak Rafizi dan menuntut siasatan terperinci serta pendakwaan terhadap pelaku.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, mengesahkan bahawa anak Rafizi diserang di pusat beli-belah di Putrajaya kira-kira jam 2 petang. Rafizi memaklumkan anaknya diheret seorang lelaki dan dicucuk dengan jarum, dipercayai melibatkan dua lelaki berpakaian hitam dan bertopi keledar menaiki motosikal.

image is not available 2025-08-14 13:06:59

"Kemungkinan Anak Saya Disuntik Dadah, Racun, HIV Atau Air" - Rafizi Ramli