Intel dikenali sebagai syarikat pengeluar cip semikonduktor dan cip pemprosesan komputer yang sangat terkemuka, tetapi tahukah anda bahawa kilang semikonduktor pertama yang dibuka di luar negara Amerika Syarikat adalah di Pulau Pinang pada tahun 1975?

Semalam, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa beliau telah menerima panggilan daripada CEO Intel, Lip-Bu Tan dan Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar Intel Foundry, Naga Chandrasekaran berkenaan perkembangan terkini pelaburan syarikat tersebut di Malaysia.
Semalam, saya telah menerima penerangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Intel Corporation, Lip-Bu Tan, dan pasukan beliau tentang perkembangan terkini peluasan pelaburan Intel di Malaysia.
Perbincangan tertumpu kepada usaha-usaha menyokong pembangunan kompleks pembungkusan… pic.twitter.com/52UMh6S9Yk
2025 merupakan tahun ke-50 Intel telah bertapak di Malaysia, dan pada penghujung tahun lepas, perkembangan kampus pengilangan terbaru Intel, yang dinamakan Project Pelican yang terletak di Bayan Lepas Free Trade Zone menghampiri 99 peratus siap pada penghujung tahun 2025.

Pembangunan kampus pengilangan ini dianggarkan bernilai kira-kira $7 bilion (~RM28 bilion), dan akan memuatkan teknologi pembungkusan cip semikonduktor terbaru Intel yang melibatkan pemasangan dan ujian pembungkusan termaju (advanced packaging menggunakan teknologi EMIB dan Foveros) akan mula beroperasi lewat tahun ini.
Dalam pada itu, Intel juga akan memberi penekanan terhadap peningkatan kemahiran bakat tempatan dan penjanaan pekerjaan bernilai tinggi untuk sepanjang rantaian bekalan di kompleks pemasangan dan pembungkusan ini, jangkaannya ialah dengan kerjasama bersama sejumlah institusi pengajian tinggi tempatan.


