PMX Mengislamkan Saudara Baharu Di Masjid Klang

Entertainment
19 Aug 2023 • 11:59 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki berbangsa India telah selamat memeluk agama selepas Solat Jumaat semalam. Majlis serba ringkas itu telah dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kebetulan berada di sana.

Memetik laporan Astro Awani, Anwar mengajar ucapan kalimah syahadah kepada seorang lelaki berusia 27 tahun yang dikenali sebagai Muhamad Anwar Karthiban. Acara itu dijalankan di Masjid Ar-Rahimiah, Klang, Selangor.

image is not available

Video upacara ringkas itu boleh dilihat di bawah.

 

Turut hadir sama ketika di Solat Jumaat, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.