PMX Sahkan Hantar Nama Wan Junaidi Jadi Gabenor Sarawak Ganti Tun Taib

22 Jan 2024 • 1:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Keputusan rasmi akan diketahui dalam minggu ini

PMX Sahkan Hantar Nama Wan Junaidi Jadi Gabenor Sarawak Ganti Tun Taib. Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah dicadangkan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang ke-8, dan pengumuman rasmi dijangka akan dibuat dalam beberapa hari lagi, menurut kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah mengemukakan nama bekas Yang di-Pertua Dewan Negara itu kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah minggu lepas dan pengumuman rasmi dijangka akan dibuat dalam masa beberapa hari lagi.

image is not available
PMX Sahkan Hantar Nama Wan Junaidi Jadi Gabenor Sarawak Ganti Tun Taib. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kerajaan akan membincangkan pengganti Wan Junaidi sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara malam ini.

“Proses pelantikan ini dibentangkan oleh Ketua Menteri Sarawak Abang Jo, dan saya telah mengemukakan nama calon kepada YDPA minggu lepas dan meminta kebenaran untuk diumumkan mungkin dalam satu atau dua hari,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Wacana Pemikir Universiti Malaya di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya di sini pagi ini.

Anwar juga berkata, kerajaan akan membincangkan pengganti Wan Junaidi sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara malam ini.

“Kita akan bincangkan Yang di-Pertua Dewan Negara dan kita akan mengadakan mesyuarat sekretariat kerajaan perpaduan malam ini supaya perlantikan ini dapat dipermudahkan,” katanya.

Pada Jumaat lepas, Wan Junaidi dilaporkan oleh portal berita The Malaysian Insight telah meletakkan jawatan sebagai presiden senat untuk dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang ke-8.

Baca juga artikel berkaitan di pautan bawah:

https://www.iloveborneo.my/media-lapor-wan-junaidi-letak-jawatan-presiden-dewan-negara-mungkin-dilantik-jadi-tyt-sarawak/

https://www.iloveborneo.my/tiada-mesyuarat-khas-dun-sarawak-pelantikan-tyt/