PN akan tegur kerajaan demi rakyat - Hamzah

Politics
16 Dec 2022 • 9:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hamzah Zainudin

BATU KURAU - Pengalaman sebagai kerajaan sebelum ini akan digunakan oleh Perikatan Nasional (PN) untuk memainkan peranan sebagai blok pembangkang di Parlimen sebaik mungkin termasuk menegur kerajaan jika ada perkara yang dilaksanakan tidak menguntungkan rakyat.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pengalaman itu juga boleh membantu mereka menyampaikan pandangan kepada pentadbiran kerajaan ketika ini.

"Kita (PN) ada pengalaman, kita akan tegur dan sampaikan bila ada perkara yang tidak baik,” kata Ahli Parlimen Larut itu selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di sini pada Jumaat.

Mengenai keputusan PN untuk menamakan beliau sebagai Ketua Pembangkang, Hamzah berkata, beliau menerimanya sebagai amanat dan tanggungjawab besar.

"Bukan sekadar membangkang tapi sebagai kumpulan yang berwibawa bagi memastikan kerajaan bekerja dengan baik,” katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa PN baru-baru ini bersetuju melantik Hamzah sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 dijadual berlangsung pada 19 dan 20 Disember serta merupakan sidang Dewan Rakyat pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-15. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved