PN Bakal Cabar Keputusan RoS Batalkan Pendaftaran Di Mahkamah – Takiyuddin

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 4:26 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

PN Bakal Cabar Keputusan RoS Batalkan Pendaftaran Di Mahkamah – Takiyuddin

Sebelum ini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah mengesahkan pembatalan pendaftaran parti gabungan Perikatan Nasional (PN) selepas mendapati penjelasan yang dikemukan oleh parti itu gagal menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis yang diberikan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Gagal Sangkal Pembatalan Dalam Notis, RoS Batalkan Pendaftaran PN

PN akan cabar pembatalan PN yang dikeluarkan oleh RoS di Mahkamah

Terbaharu ekoran daripada keputusan tersebut Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan parti gabungan itu bakal mencabar kesahihan perintah pembatalan PN yang dikeluarkan oleh RoS di mahkamah.

Ujar beliau, pihaknya turut akan memohon agar pelaksanaan serta segala kesannya ditangguhkan untuk sementara bagi menunggu penentuan mahkamah.

Gesa AGC untuk jelaskan tindakan untuk dengar permohonan penangguhan PN pada 22 Oktober ini

“PN menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) menjelaskan tindakan ini berhubung pendirian jabatannya di mahkamah semasa pendengaran permohonan panangguhan PN pada Khamis ini (22 Oktober).

“PN turut akan mengambil tindakan atas semua pihak yang menghina dan belakangkan proses mahkamah,” ujarnya lapor Sinar Harian.

Jelasnya lagi, parti-parti anggota PN tetap bersatu bagi mempertahankan hak serta mandat rakyat menerusi saluran:

  • Undang-undang
  • Proses demokrasi

Pembatalan pendaftaran PN sebelum permohon diperdengarkan menimbulkan persialan

“Menurutnya, keputusan membatalkan pendaftaran PN dua hari sebelum pendengaran permohonan menangguhkan notis ketidakpatuhan dan menggantung aktivitinya oleh RoS, menimbulkan persoalan serius tentang tujuan penggunaan kuasa dan penghormatan kerajaan terhadap proses penghakiman.

“Pada 6 Oktober lalu, RoS menyatakan bahawa isu-isu yang dibangkitkan PN akan dijawab di mahkamah sebelum mahkamah menetapkan pendengaran penangguhan pada 22 Oktober ini setelah AGC menegaskan keperluan pendengaran secara inter partes.

“PN telah melakukan permintaan bertulis pada 14 Oktober supaya tiada tindakan lanjut diambil sementara menunggu pendengaran tidak dijawab, manakala hujahan peguam negara semalam menyatakan bahawa proses pembatalan ‘masih berjalan’ tanpa memaklumkan bahawa pembatalan akan dibuat keesokan harinya (hari ini 20 Oktober).

“Namun, sebelum pendengaran berlangsung pendaftaran PN dibatalkan sehingga keadaan yang menjadi pokok pertikaian berubah secara mendasar,” jelasnya lagi.

Kerajaan hormati kedaulatan undang-undang sepatutnya beri ruang kepada mahkamah

Tambahnya kerajaan yang menghormati kedaulatan undang-undang sepatutnya memberikan ruang kepada mahkamah bagi memutuskan permohonan berkenaan serta menjelaskan mengapa untuk tempoh dua hari tidak boleh ditunggu.

Katanya lagi, PN turut berpandangan bahawa masa serta urutan tindakan tersebut juga menimbulkan persoalan yang serius mengenai unsur fide serta tujuan politiknya.

Pembatalan Pendaftaran hanya 11 hari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Melaka

“Notis RoS dikeluarkan pada 22 September 2026, ketika pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diumumkan, disusuli penggantungan keesokan harinya dan pembatalan hanya sebelas hari sebelum penamaan calon.

“Alasan berhubung mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai 2026 juga bercanggah dengan pendirian bertulis Pendaftar pada tarikh tersebut bahawa Jabatannya ‘tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan’ sedangkan jawapan terperinci PN ditolak sebagai ‘tidak memuaskan’ tanpa alasan substantif.

“Pembatalan ini membawa kesan terhadap jutaan rakyat yang memberikan mandat kepada PN dan parti-parti anggotanya, selain menjejaskan kegiatan politik, harta parti dan kedudukan pemegang jawatan.”

Kuasa pentadbiran ada implikasi besar kepada pilihan rakyat dan proses demokrasi

Tambah Takiyuddin, kuasa pentadbiran yang memiliki implikasi besar kepada pilihan rakyat serta proses demokrasi tidak semestinya digunakan tanpa sebab yang jelas.

Perkara ini termasuklah penghormatan penelitian kehakiman yang sedang berlangsung.

PN kecam tindakan pembatalan pendafataran PN sebagai usaha dahului pertimbangan mahkamah

“PN mengecam tindakan ini sebagai usaha mendahului pertimbangan mahkamah dan melemahkan lawan politik menjelang pilihan raya Melaka.

“Sebuah kerajaan yang yakin terhadap kesahihan tindakannya sepatutnya bersedia mempertahankan keputusan tersebut di hadapan hakim, bukannya mengubah kedudukan pihak-pihak ketika permohonan penangguhan bakal didengar,” jelas Setiausah PN itu lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved