Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada September lalu, Perikatan Nasional (PN) menerima notis dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang memohon parti gabungan terbabit memberikan penjelasan dalam tempoh 30 sebab PN tidak patut dibatalkan, lapor Berita Harian.
Menurut RoS pihaknya pada 11 Ogos lalu telah menerima aduan rasmi daripada parti BERSATU antaranya mengenai:
- Dakwaan parti itu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai
- Isu status keanggotaannya dalam gabungan parti terbabit
RoS batalkan pendaftaran PN selepas gagal menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis
Terbaharu RoS telah mengesahkan pembatalan pendaftaran PN. Keputusan itu diambil sebaik mendapati penjelasan yang dikemukan oleh parti gabungan terbabit gagal menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis yang diberikan.
Jelas RoS, keputusan tersebut dilakukan mengikut subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).
Perkara itu selepas RoS meneliti keseluruhan dokumen serta representasi yang dikemukan oleh parti gabungan terbabit pada 12 Oktober yang lalu.
Notis diberikan beri peluang PN kemuka penjelasan representasi berhubung perkara yang dibangkitkan
Ujar RoS lagi, notis bertarikh 22 September yang lalu sudah dikeluarkan kepada parti gabungan tersebut mengikut subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 untuk memberi peluang kepada PN bagi mengemukakan penjelasan serta representasi mengenai perkara yang dibangkitkan.
Tak beri justifikasi yang kukuh untuk kekalkan pendaftaran PN
“Setelah meneliti keseluruhan dokumen dan penjelasan yang dikemukakan, Pendaftar Pertubuhan mendapati alasan yang diberikan tidak dapat menyangkal asas pembatalan pendaftaran sebagaimana dinyatakan dalam notis berkenaan.
“Ia juga tidak memberikan justifikasi yang kukuh untuk mengekalkan pendaftaran pertubuhan berkenaan,” jelasnya, lapor Berita Harian.
Sebab pembatalan nafi hak BERSATU untuk hadir dan ambil bahagian dalam mesyuarat 16 Julai 2026
Akhbar itu turut memaklumkan menerusi notis pembatalan yang dilihat antara sebab pembatalan adalah:
- Ekoran PN melanggar Fasal 7.1 Perlembagaan Parti PN dengan menafikan hak BERSATU untuk menghadiri serta mengambil bahagian dalam Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi Parti Perikatan Nasional pada 16 Julai 2026 yang lalu
“Dan bahawasanya pendaftar sudah menimbangkan perkara ini dan juga alasan yang dibuat kepadanya oleh pemegang jawatan bagi pertubuhan itu.
“Pendaftar berpendapat bahawa alasan terbabit tidak menunjukkan sebab yang memuaskan maka diperintahkan pendaftaran pertubuhan yang namanya tersebut di atas dibatalkan mulai dari tarikh perintah.”

Kegiatan PN digantung pada 23 September
Terdahulu RoS telah mengantung kegiatan Perikatan Nasional (PN) dan ia berkuat kuasa pada 23 September.
Dalam kenyataan RoS itu, perintah penggantungan tersebut dilakukan di bawah Sebseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) ekoran notis yang dikeluarkan oleh PN adalah pada 22 September.
Perintah penggantungan terbabit dikeluarkan adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan pertubuhan tersebut dari terus melangggar aturan pertubuhannya, lapor Berita Harian lagi.






