PN berdepan pembatalan pendaftaran? RoS didakwa beri tempoh 30 hari untuk penjelasan

LocalPolitics
23 Sep 2026 • 9:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perikatan Nasional (PN) didakwa menerima notis daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang meminta gabungan itu memberikan penjelasan mengapa pendaftarannya tidak patut dibatalkan dalam tempoh 30 hari.

Notis sudah diketahui pengerusi, SUA PN

Memetik laporan daripada Berita Harian, satu sumber mengesahkan perkara tersebut, selain memaklumkan notis berkenaan telah diketahui Pengerusi PN, Setiausaha Agung PN serta semua parti komponen gabungan berkenaan.

“Ya saya sahkan perkara itu tepat namun tidak pasti kepada siapa notis berkenaan diserahkan ROS, sama ada pengerusi atau SUA.
“Saya dimaklumkan SUA juga akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, antara perkara berkaitan dalam notis berkenaan dipercayai melibatkan beberapa parti komponen PN yang diarahkan supaya tidak menggunakan logo gabungan itu dalam sebarang aktiviti sehingga Pendaftar Pertubuhan membuat keputusan muktamad.

Image from: PN berdepan pembatalan pendaftaran? RoS didakwa beri tempoh 30 hari untuk penjelasan

Foto: Astro Awani

RoS belum keluarkan maklumat

Walau bagaimanapun, RoS setakat ini belum mengeluarkan maklumat lanjut secara rasmi berhubung perkara tersebut dan difahamkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan agensi berkenaan.

Perkembangan itu susulan RoS sebelum ini mengesahkan menerima aduan rasmi daripada Bersatu pada 11 Ogos lalu, antaranya berkaitan dakwaan parti itu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai serta isu status keanggotaannya dalam gabungan berkenaan.

Image from: PN berdepan pembatalan pendaftaran? RoS didakwa beri tempoh 30 hari untuk penjelasan

Foto: Utusan Malaysia

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lalu turut meminta RoS membuat keputusan segera terhadap aduan yang dikemukakan parti itu, termasuk dakwaan lapan perkara yang didakwa dilanggar pimpinan PN.

Katanya, lapan perkara utama dikemukakan yang didakwa telah dilanggar oleh PN.

Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi daripada RoS yang mengesahkan pembatalan pendaftaran PN, dengan laporan terkini hanya menyatakan gabungan itu telah menerima notis untuk memberikan penjelasan dalam tempoh 30 hari.

Sumber: Berita Harian 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved