PN sahkan sedia kerjasama dengan BN di Negeri Sembilan

LocalPolitics
27 Apr 2026 • 1:57 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: PN sahkan sedia kerjasama dengan BN di Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) mengumumkan sedia untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan.

Perkara itu diumumkan semua lima Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PN Negeri Sembilan dalam satu sidang media tergempar di sebuah hotel di Seremban sebentar tadi.

PN terdiri daripada tiga Adun PAS iaitu Kamarol Ridzuan Mohd Zain (Paroi), Abdul Fatah Zakaria (Bagan Pinang) dan Mohd Fairuz Mohd Isa (Serting).

Manakala dua lagi Adun daripada Bersatu ialah Mohamad Hanifah Abu Baker (Labu) dan Ridzuan Ahmad (Gemas).

Mohamad Hanifah yang juga Ketua Pembangkang berkata, lima Adun PN bersedia untuk bekerjasama dengan 14 Adun Umno/BN Negeri Sembilan bagi menjamin kestabilan politik Kerajaan Negeri.

“Ia bagi membangunkan Negeri Sembilan serta menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya.

Pendirian itu dinyatakan selepas BN mengumumkan hilang kepercayaan kepada Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun awal hari ini.

Jika BN bersetuju, mereka mempunyai jumlah cukup bagi membentuk kerajaan baru, atau sekurang-kurangnya bertukar Menteri Besar.

Terkini BN mempunyai 14 kerusi DUN berbanding 17 (PH), selain lima milik Perikatan Nasional (PN).

Difahamkan juga kerajaan boleh tumbang jika pakatan BN-PN ini dibentuk. - 27 April, 2026

The post PN sahkan sedia kerjasama dengan BN di Negeri Sembilan appeared first on Scoop.