
SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) menawarkan pek permulaan atau 'starter pack' bernilai RM500 kepada pelajar B40 yang berjaya melanjutkan pengajian ke universiti menerusi manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) gabungan parti itu.
Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sekiranya seramai 100,000 pelajar B40 layak menerima bantuan itu, PN dijangka membelanjakan sejumlah RM50 juta peruntukan untuk pemberian bantuan tersebut.
Beliau berkata demikian pada program Berani Semuka bertajuk Anak Muda Pilih Siapa? yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Selasa.
Program berkenaan turut menampilkan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Dr Kevin Yii Lee Wuen sebagai pendebat dan personaliti televisyen, Amin Idris selaku moderator.
AKAN MENYUSUL
