PN terima PEJUANG dan PCM sebagai parti anggota baharu

LocalPolitics
23 Jun 2026 • 9:02 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Kenyataan media Perikatan Nasional mengenai penyertaan PEJUANG dan PCM serta persiapan agihan kerusi PRN Johor.

Perikatan Nasional (PN) bersetuju menerima dua parti politik baharu sebagai parti anggota gabungan itu selepas permohonan mereka diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang diadakan pada Isnin.

Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, mesyuarat tersebut meluluskan penyertaan Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) sebagai parti anggota baharu Perikatan Nasional.

“Agenda pertama ialah berkenaan keanggotaan Perikatan Nasional, manakala agenda kedua ialah berkaitan Pilihan Raya Negeri Johor.

“Berhubung keanggotaan Perikatan Nasional, mesyuarat bersetuju meluluskan permohonan dua parti politik untuk menjadi anggota baharu Perikatan Nasional,” katanya.

Baca juga:

Dalam perkembangan sama, mesyuarat turut bersetuju supaya proses agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dimuktamadkan segera melalui Jawatankuasa Rundingan Kerusi.

“Mesyuarat bersetuju untuk memuktamadkan agihan kerusi melalui Jawatankuasa Rundingan Kerusi dalam tempoh segera.

“Saya dimaklumkan bahawa wakil-wakil yang dipilih oleh setiap parti untuk menyertai rundingan kerusi akan bermesyuarat pada esok hari.

“Insya-Allah perkara tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh yang segera memandangkan perkara paling mustahak ialah menghadapi proses penamaan calon pada hari Sabtu nanti di Johor,” katanya.

Mengulas mengenai status Bersatu dalam PN dan penggunaan logo bagi menghadapi PRN, beliau berkata isu berkenaan tidak dibincangkan dalam mesyuarat itu.

The post PN terima PEJUANG dan PCM sebagai parti anggota baharu appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved