Samsung Perkenalkan Storan UFS 5.0 – Direka Untuk AI Lebih Pantas

TechnologyDigital
23 Jun 2026 • 6:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung baru sahaja melancarkan teknologi storan baharu UFS 5.0. Cip ini direka untuk digunakan dalam peranti mudah alih sekali gus menawarkan kelajuan lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya.

Image from: Samsung Perkenalkan Storan UFS 5.0 – Direka Untuk AI Lebih Pantas

Menurut Samsung, UFS 5.0 dibangunkan khusus untuk mempercepatkan pemprosesan model bahasa besar (LLM) dan aplikasi AI tanpa bergantung pada awan. Dengan peningkatan ini, aplikasi berasaskan AI, kamera pintar serta fungsi terjemahan segera dapat beroperasi dengan lebih pantas dan menjimatkan tenaga sekali gus membantu bateri telefon bertahan lebih lama.

UFS 5.0 juga boleh membaca data sehingga 10.8GB/s dan menulis sehingga 9.5GB/s. Prestasi ini menjadikannya lebih dua kali ganda laju berbanding cip lama UFS 4.1. Selain itu, cip ini menggunakan teknologi khas seperti clock gating dan multi-voltage yang menjadikannya 40% lebih efisien serta membantu bateri telefon bertahan lebih lama tanpa mengorbankan kelajuan. UFS 5.0 turut hadir dengan saiz lebih kompak berbanding pendahulunya.

Image from: Samsung Perkenalkan Storan UFS 5.0 – Direka Untuk AI Lebih Pantas

FS 5.0 juga menawarkan kelajuan lebih tinggi berbanding generasi sebelum kerana ia dibina berasaskan standard memori tertanam terkini daripada JEDEC. Dengan jalur lebar yang lebih besar, peranti mampu memindahkan dan memproses data bersaiz besar dengan pantas.

Hasilnya, aplikasi berasaskan AI menjadi lebih responsif, penggunaan pelbagai aplikasi berjalan lebih lancar dan telefon berfungsi dengan lebih cekap sesuai untuk keperluan AI moden. Pengeluaran besar-besaran dijadualkan bermula pada suku keempat 2026 dengan kapasiti sehingga 1TB.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved