PNB sambut baik endowmen tanah 50 ekar di KL

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 6:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PNB sambut baik endowmen tanah 50 ekar di KL

PETALING JAYA – Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengalu-alukan pengumuman kerajaan untuk endowmen 50 ekar tanah komersial strategik di Kuala Lumpur kepada Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), yang akan diuruskan oleh PNB dalam pembentangan Belanjawan 2027 hari ini.

Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Rizal Rickman Ramli berkata, ini merupakan amanah endowmen baharu pertama yang diterima PNB sejak fasa awal penubuhannya pada awal 1980-an.

Jelasnya, endowmen baharu itu mencerminkan komitmen jangka panjang untuk mengekalkan pemilikan Bumiputera ke atas aset strategik negara, menjana nilai ekonomi yang mampan serta memastikan manfaatnya dapat terus berkembang dan dinikmati oleh generasi akan datang.

“PNB akan mengoptimumkan potensi ekonomi endowmen ini dengan mengekalkan modal asas serta melabur semula bagi menjana pertumbuhan berterusan, di samping mengagihkan keuntungan yang diperoleh untuk manfaat pemegang unit.

“PNB juga menghargai pengiktirafan Kerajaan terhadap peranannya dalam memulihara Stadium Merdeka dan Stadium Negara, serta pengumuman pengecualian duti hiburan bagi penganjuran aktiviti seni, kebudayaan, hiburan dan sukan di kedua-dua stadium tersebut.

“Inisiatif ini dijangka menggalakkan penyertaan serta penggunaan yang lebih meluas oleh orang ramai terhadap mercu tanda bersejarah negara ini, di samping menyokong usaha berterusan untuk menghidupkan semula dan memulihara warisan kebangsaan Malaysia di Presint Merdeka 118,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

The post PNB sambut baik endowmen tanah 50 ekar di KL appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved