PNSB penaja utama Piala Dato’ Mokhtar Dahari, sokong pembangunan bakat muda

17 Aug 2023 • 5:13 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 17 OGOS: Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) menaja sebanyak RM100,000 bagi
Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Mokhtar Dahari (Bawah 15 Tahun) tahun ini.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata sumbangan itu sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyokong program pembangunan komuniti dan mengasah bakat muda bola sepak negeri ini.

“Kejohanan ini mendapat perkenan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan PNSB merupakan penaja utama kejohanan bola sepak ini.

“Pada edisi kejohanan yang lalu, PNSB juga merupakan antara penyumbang utama,” kata Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dalam kenyataan.

Cek cura tajaan diserahkan Ahmad Shahrir kepada Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Petaling (Orang Besar Daerah Petaling) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan Dato’ Emran Kadir di Dewan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd Seksyen 15, hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved