
Poco F8 Pro dan Poco F8 Ultra dilancarkan secara rasmi dalam sebuah acara di Bali hari ini. Kedua-dua peranti ini merupakan peranti kelas mercu yang menampilkan rekaan yang moden di samping dilengkapi teknologi speaker Bose serta penawaran harga yang mampu milik berbanding peranti lain dalam kelas yang sama.

Untuk Poco F8 Ultra, ia hadir dengan skrin 6.9-inci AMOLED 120Hz, dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, dipadankan dengan memori sehingga 16GB RAM dan storan sehingga 512GB.
Untuk kamera, ia menggunakan sensor utama 50MP Light Fusion 950 dengan OIS, dilengkapi lensa periskop 50MP 5x dan kamera ultra-lebar 50MP. Bukan itu sahaja, ia turut menawarkan keupayaan zum sehingga 20x dan mod Super Moon menjadikannya lebih versatil untuk potret, jarak jauh dan rakaman malam. Untuk kamera hadapan, peranti ini hadir dengan kamera 32MP yang menyokong mod sudut lebar automatik bagi swafoto yang lebih jelas.

Mengenai bateri pula, ia dilengkapi bateri sebesar 6500mAh dengan sokongan 100W HyperCharge dan pengecasan nirwayar 50W. Untuk audio, Poco dilihat hadir dengan kerjasama dengan Bose dalam menampilkan sistem audio Sound by Bose 2.1 secara terbina pada peranti. Ini sekaligus menawarkan pengalaman bunyi lebih premium.

Tidak hanya itu, ia turut hadir dengan ketahanan kalis air serta debu IP68, bingkai aluminium dengan pilihan reka bentuk Denim Blue atau Black.

Sementara Poco F8 Pro pula dilengkapi skrin 6.59″ AMOLED 120Hz, dikuasakan oleh Snapdragon 8, memori 12GB RAM, storan dalaman sehingga 512GB dan bateri 6210mAh yang menyokong pengecasan 100W HyperCharge.
Mengenai kamera pula Ia hadir dengan sistem tri-kamera belakang lensa sudut lebar 50MP, telefoto 50MP, dan ultra-lebar 8MP dengan rakaman video 4K. Untuk rakaman swafoto pula, kamera hadapan Poco F8 Pro hadir dengan sensor 20MP lengkap dengan ciri auto fokus untuk swafoto berkualiti tinggi.

Secara keseluruhan, siri Poco F8 kesemuanya menggunakan sistem operasi HyperOS 3 berasaskan Android 16.
Berikut ialah senarai harga penuh untuk siri Poco F8 di Malaysia:
| Model | Varian | Warna | Harga Asal | Harga Promosi | Promosi |
| Poco F8 Ultra | 12GB+256GB | Denim Blue dan Black | RM 3,199 | RM 2,799 | Menawarkan peranti REDMI Pad SE 8.7 (6GB+128GB) yang bernilai RM 499 secara percuma. |
| 16GB+512GB | RM 3,599 | RM 3,199 | |||
| Poco F8 Pro | 12GB+256GB | Titanium Silver, Blue, dan Black | RM 2,499 | RM 2,199 | |
| 12GB+512GB | RM 2,699 | RM 2,299 |


